Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memuji arahan mengundurkan lantikan politik PKR dari pentadbiran Kelantan selepas terbatalnya 'tahaluf siyasi'.
KUALA LUMPUR: PAS patut mencontohi tindakan PKR mengundurkan lantikan politik PKR dari pentadbiran Kelantan selepas terbatalnya “tahaluf siyasi” antara kedua parti, kata Amanah.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi mengarahkan semua lantikan politik PKR melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta, selepas menerima keputusan PAS membuat ketetapan muktamad membatalkan kerjasama politik antara mereka.
“Orang politik yang berintegriti yang mengamalkan sikap yang dikatakan bermaruah, saya rasa, isyarat itu memberi gambaran jelas apa yang patut dilakukan oleh PAS dalam kerajaan Selangor,” kata Timbalan Presiden Salahuddin Ayub pada sidang media di pejabat parti itu di sini hari ini.
Salahuddin berkata Amanah menghormati keputusan itu, dan percaya ia mengambil kira bagaimana PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Muktamar PAS ke-63 di Kedah tempoh hari turut meluluskan usul untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi PKR pada pilihan raya umum akan datang, menjadikannya pertandingan 3 penjuru yang dikatakan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
PAS sehingga hari ini masih enggan berundur daripada kerajaan Selangor meskipun disaran berbuat demikian oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution selepas usul diluluskan.
Semalam, Wan Azizah berkata kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor akan diputuskan bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.
Sementara itu, Amanah berkata sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum nanti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi kuasa penuh untuk melakukan pendakwaan kes rasuah.
Salahuddin berkata ikrar itu antara reformasi yang dimuatkan dalam menifesto PH menghadapi pilihan raya yang boleh berlaku bila-bila masa mulai sekarang.
Related Posts :
Maafkan Kami Peneroka, Penoreh, Pesawah, Nelayan & Pekebun Kecil, Nasib Kamu Gagal Kami Bela...😢😢😢 Tahukah anda... Di dalam Bajet 2018, perkataan di bawah telah di sebut sebanyak : 》Felda - 6 kali 》Pekebun Kecil - 5 kali 》Pesawah - 4 … Read More...
Isu Janji PTPTN : Bukan Salah PH Tapi Salah Jho Lo...😲😲😲Lepas Guna Alasan 'SEMUA SALAH NAJIB' Sekarang Guan Eng & Kerajaan PH Dapat Alasan Baru Mungkin Guan Eng 'rindu' atau pun 'admire' pa… Read More...
TEGURAN PERSAUDARAAN TUN DAIM TERHADAP TUN MAHATHIR.Bila sahaja Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan,Tun Daim Zainuddin membuat teguran terbuka supaya kerajaan berhenti&… Read More...
Jelas DAP Cuba Gunakan Tekanan Antarabangsa Untuk Laksanakan Agenda Malaysian Malaysia Melalui Retifikasi ICERDMemahami Isu ICERD Sebagai seorang pensyarah undang2 antarabangsa yang tiada apa2 kepentingan politik peribadi, Dr.Yazid terpanggil untuk… Read More...
Mahathir Mahu Hapuskan Raja2 Dan MP Umno Melutut Tapi Dia Sendiri Menyembah Maharaja JepunWatak yang Mahathir cuba pamirkan : Konon dia anti-imperialisma US... Konon dia anti-negara besar yang suka membuli macam China... Konon … Read More...