Logo rasmi Pakatan Harapan akan diumum Jumaat depan



Majlis  Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini dijangka akan mengumumkan logo baharu  pakatan pembangkang itu  pada 9 Jun ini, sebagaimana dimaklumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini,  juga bersetuju untuk mengunakan logo baharu itu dengan menggunakan singkatan nama 'Harapan' bukan Pakatan Harapan.
"Kita akan umum 9 Jun ini hari Jumaat dan sepakat guna 'Harapan'," ujar beliau ringkas ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
Hari ini media dimaklumkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan dan jamuan berbuka puasa, solat terawih dengan  kehadiran pimpinan Pakatan Harapan dan jemputan.
Bagaimanapun sidang media yang dijadual akan diadakan pada jam 6.30 petang itu, dibatalkan dan media meluru untuk mendapatkan komen berkaitan pertemuan pimpinan  Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat diadakan sebelumnya.
Pada 16 Mei lalu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan  mengumumkan sebanyak 10 logo telah disenarai pendek daripada 330 penyertaan untuk dipaparkan di laman rasmi Pakatan Harapan.
Dimaklumkan juga dalam mesyuarat hari ini selain logo, beberapa isu turut dibincangkan.
Daripada 10 logo disenarai pendek itu pimpinan Pakatan Harapan telah memiih hanya satu logo dan ia tidak akan dipaparkan  untuk mendapatkan sekali lagi komen balas khalayak.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: