Macron Bertemu Putin


PARIS: Presiden baharu Perancis, Emmanel Macron akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Russia, Vladmir Putin hari ini selepas berikrar untuk bertegas dalam isu Ukraine dan Syria.

Macron, 39, berkata, adalah penting berunding dengan Russia kerana ada banyak isu tidak dapat diselesaikan.

"Adalah penting berbincang dengan Russia kerana terlalu banyak isu antarabangsa yang tidak dapat diselesaikan tanpa bertukar maklumat dengan Russia," katanya ketika hadir sidang kemuncak G7 di Sicily yang berakhir Sabtu lalu.

Pertemuan pemimpin haluan sederhana itu dengan Putin, 64, mengakhiri diplomasi tidak tentu termasuk rundingan G7 serta sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu lalu di Brussels.

Beliau memberitahu akhbar mingguan Perancis, dirinya tidak 'terganggu' dengan pemimpin yang 'berfikir mengikut pegangan kuasa', memetik Putin sebagai contoh bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Namun Macron, yang menjadi presiden termuda Perancis hanya tiga minggu lalu berkata, beliau tidak percaya dengan 'diplomasi cacian awam namun lebih kepada dialog dua hala.'

Sebagai calon, Macron pernah mengecam Russia, menuduhnya mengikuti satu 'strategi hibrid menggabungkan ugutan tentera dan satu perang maklumat.'

Sejak awal perang di Ukraine pada 2014, Russia menunjukkan kekuatan dengan siri perang permainan membabitkan puluhan ribu tentera di kawasan bersempadan negara Baltik NATO. -AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :