Masuk Secara Haram, 10 PATI & Ejen Ditangkap


BAU: Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyelinap masuk secara haram ke negeri ini melalui Pos Sekatan Jalan (SJR) di Serikin gagal apabila ditahan oleh pasukan tentera Rejimen Ke-4, Kor Armor Diraja (4 KAD) kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam itu, kumpulan PATI yang terdiri daripada sembilan wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun berkenaan datang dari arah Jagoi Babang dibawa oleh seorang ejen juga warga Indonesia berusia dalam lingkungan 50-an.

Pegawai Memerintah 4 KAD, Leftenan Kolonel Mohd Nizam Masri berkata, kumpulan tersebut datang dari Jagoi Babang dalam Wilayah Kalimanatan Barat cuba masuk melalui SJR di Serikin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua PATI tersebut, pihak tentera mendapati kesemua PATI tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Maklumat awal mendapati kesemua PATI ini berasal dari Jawa Tengah telah menaiki pesawat ke Pontianak dan kemudian bercadang menggunakan laluan darat bagi memasuki sempadan dibantu oleh seorang ejen yang juga warganegara Indonesia.” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kesemua PATI ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tidakan lanjut.-Sarawakiana



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :