Maut Sebelum Tamatkan Konvoi Ke Sibu


BINTULU: Hasrat seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi bersama rakan-rakannya ke Sibu tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Bintulu- Tatau dekat sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, DSP Bing Kok John ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jefry Alkey Philip Kayak, 51 bersama sekumpulan peserta konvoi dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke Sibu.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 dilaporkan gagal dikesan oleh rakan-rakannya sekitar jam 1 pagi.

“Mangsa ditemui dalam semak di sebelah kiri jalan sekitar jam 2 pagi tadi, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badannya,” katanya sebentar tadi.

Sehingga berita ini ditulis, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :