KABONG: Mayat seorang lelaki ditemui hari ini selepas bot yang dinaikinya bersama 10 lagi karam di Kuala Kampung Paloh dekat sini Sabtu lalu.
Mayat Abang Madehan Abang Awie, 43 ditemui terapung oleh penduduk sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat mangsa ditemui satu kilometer dari lokasi bot karam Sabtu lalu.
“Selepas menerima khabar mengenai penemuan mayat mangsa, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sabtu lalu, bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan menghantar bantuan bekalan air kepada penduduk Kampung Paloh ekoran krisis air yang berlaku dikawasan tersebut akibat kemarau.
Bagaimanapun, misi menghantar bantuan bertukar tragedi apabila bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak besar.-Sarawakiana