Meskipun sudah putus, PAS mahu kekal dalam kerajaan Pakatan negeri Selangor

MENTERI Besar Azmin Ali hari ini memberi mandat kepada wakil rakyat PAS untuk terus perkukuhkan kerajaan negeri, walaupun parti Islam itu secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR semalam.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata exco PAS juga akan terus berada dalam kerajaan negeri untuk berkhidmat kerana ia mandat yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya umum lalu.
“Kami tidak berbincang mengenainya (PAS memutuskan hubungan politik dengan PKR). Keputusan itu merujuk kepada perbincangan untuk PRU14.
“Tetapi dalam konteks kerajaan negeri, kami masih bekerjasama kerana ini mandat rakyat,” katanya selepas pertemuan dengan Azmin di Pejabat Menteri Besar hari ini.
The Malaysian Insight difahamkan dua exco PAS Dr Yunus Hairi dan Zaidy Talib turut serta dalam pertemuan itu.
Yunus ketika ditemui di Bangunan SUK Shah Alam hari ini berkata: "Menteri besar cuma minta kita kukuhkan kerajaan negeri."
PAS mengakhiri kerjasama dengan PAS semalam selepas Majlis Syura, badan tertinggi parti Islam itu memutuskan ia perlu bagi mempertahankan agenda Islam.
Majlis Syura berkata alasan mereka mahu mengakhiri hubungan politik dengan PKR ialah kerana PKR membuat kenyataan tidak benar terhadap pemimpin PAS, bekerjasama dengan musuh mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan tidak menyokong usul RUU 355.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :