Hashim berkata, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan, namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.
“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang telah menunjukkan minat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Kepala Batas di Kepala Batas hari ini.
Minggu lalu PAS mengesahkan pihaknya menamatkan kerjasama politik dengan PKR. Dua tahun lalu, parti itu mengambil langkah yang sama membabitkan DAP.
Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan Umno dan PAS boleh mengulangi kerjasama politik yang pernah disaksikan lebih empat dekad lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setakat ini kedua-dua parti itu hanya menjalin kerjasama bukan politik membabitkan aspek berkaitan dengan agama.
Read More / Baca Lagi >>