MUSTAPA ALI TERPELANTING, ISKANDAR DIGUGUR JADI PESURUHJAYA, HADI AWANG BENTUK KABINET PAS MESRA UMNO

Parti agama telah membentuk eksekutif parti hari ini yang menyaksikan tokoh veteran dalam Pas, Mustapa Ali sudah "dipenggal" ke luar. Tempat Mustapa sebagai Pengarah Pilihan Raya diisi oleh Ahmad Samsuri Mokhtar orang yang sudah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Sebelum ini Samsuri jadi Setiausaha Politik kepada Presiden Abdul Hadi Awang oang yang dilihat menjadi enjin kepada politik Hadi Awang dan menyusunkan langkah Hadi dengan Umno.

Bukan sahaja Mustapa ditendang keluar tetapi nasib ketua Pas Selangor juga dicabut nyawanya. Orang itu telah diganti dengan Salehen Mukhyi yang dilihat mudah untuk dijinakkan bagi menuruti apa sahaja kehendak presiden. Angan-angan orang berkenaan untuk jadi MB Selangor sudah habis. Apakah pelantikan Salehen Mukhyi itu berkat dia dibawa melawat ke Timur Tengah oleh Azmin Ali.

Demikian juga dengan kemasukan dua orang jawatankuasa yang kalah dalam pertandingan dalam muktamar lalu, Nasruddin Hassan memegang semula jadi ketua penerangan, dan orang bernama Sanusi Mohd Noor melengkapkan suara baharu dalam Pas.

Tidak cukup dengan itu timbalan presiden yang dilihat "teweng" tidak sehaluan dengan presiden juga dilempar jauh ke luar negara untuk menguruskan hal ehwal pelajar negara. Kedudukan Tuan Ibrahim itu dilihat mengasingkan dirinya dari peta politik baharu Pas.

Pembentukan eksekutif Pas itu diumumkan oleh Takiyuddin Hassan yang disambung tugasnya sebagai Setiausaha Agung dan sekaliguas menjadi "kapten" dalam eksekutif Pas kini.

Pembentukan itu bagi saya demi merapatkan lagi hubungan Pas dengan Umno. Tanpa prejudis saya mengambil kesempatan mengucapkan syabaas kepada bekas parti cik ambo.
MSO

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :