ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM, ORANG TERAKHIR LAYAK BERCAKAP MENGENAI MORALITI TINGGI

Orang Melayu UMNO maksudnya.
Apa durjana dan musibah yang paling besar dalam negara kita? Jawapan nya tidak lain ialah pimpinan yang korap. Saya hanya cakap perkara ini terus terang. Biarlah orang tidak suka.
Pemimpin UMNO rasuah dan korap. Jemaah menteri kaya raya dengan cara yang mencurigakan. Pegawai tinggi kerajaan sudah terbukti rasuah. Jika yang diatas rasuah, maka besar kemungkinan yang dibawah rasuah.
SPRM gegak gempita bertempik kata- SPRM rakyat yang punya. Jika demikian, siasat Sharol Helmi, siasat Ismee Ismail, siasat Jho Low, siasat Casey Tang , siasat Jasmine Loo. Kenapa kita hendak lucut kerakyatan Jho Low? Jangan, sebab kita hendak bawak dia ke pengadilan Malaysia.
Rasuah diterima sebagai amalan biasa. Bila diterima sebagai amalan biasa ia jadi sebahagian dari budaya. Adakah rasuah itu sebahagian dari budaya Melayu?
Ah- kalau pembangkang dapat kuasa dia orang akan rasuah juga. Adakah ugutan kehadapan- prospective blackmail seperti ini, memberi alasan kita kekal dengan Najib? Kita menyangka bahawa semua orang yang berkuasa akan bersikap dan berkelakuan seperti Najib dan rejim nya.
Negeri yang diperintah oleh Pakatan harapan- Pulau Pinang dan Selangor berjaya dengan rasuah yang minima. Mereka mencatat kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan tahap kepedulian kepada rakyat lebih baik dari UMNO.
Siapa mahu percaya kata2 Adnan Mansur bahawa UMNO komited terhadap rakyat? UMNO tidak ada monopoli keatas kepedulian kepada rakyat. Semua orang yang berkuasa dan menjadi kerajaan akan bercakap demikian. Jadi, jangan lah hendak temberang rakyat.
Orang yang menjaga institusi agama pun tidak terkecuali dari rasuah. Sebab itu transparency International Malaysia 2017, menyatakan bahawa 31% dari mereka yang bertugas dengan institusi agama termasuk mahkamah syariah, terlibat dengan rasuah kewangan.
Bukan sahaja Najib, tapi juga menteri, pegawai atasan dan penjawat awam yang membuat keputusan. Yang terlibat memberi kontrak, pembelian, yang membuat keputusan semua akan disiasat.Semua terlibat dengan rasuah pada tahap masing2.
Adakah orang ini semua akan duduk berdiam diri? Mereka akan mempertahankan UMNO sehingga tetesan darah terakhir.Untuk menghalag dari masuk jel.
Jadi kita tidak hairan jika Najib cakap mempertahankan UMNO sehingga tumpa darah. Jika tumpah darah itu ugutan untuk mencetuskan huru hara, maka polis mesti bertindak. Sesiapa yang mencetuskan keganasan mesti di tangkap oleh polis.Orang UMNO bukan diatas undang2.
Apa mesej yang disampaikan oleh Najib dalam sambutan UMNO ke-71? Secara umum ianya ialah cakap besar untuk menaikkan semangat ahli UMNO yang datang. UMNO parti polituk terbesar orang Melayu hari ini terpaksa mengangkut perwakilan dan mengadakan cabutan bertuah? Apa jadi dengan semangat perjuangan?
Kenapa kena gembeling pelajar UITM? Bukankah ahli UMNO ada 3 juta? Jika 10 ribu yang hadhir dan 2 ribu dari nya pelajar dan 1000 budak PLKN, maka ahli UMNO mungkin 7000 sahaja.
Himpunan BERSIH lagi ramai dan ia nya lagi menyeramkan dari himpunan kabilah UMNO.
Saya harap orang ramai jangan ribut bila tengok kabilah UMNO berkumpul. Biasa je riuh rendah nya. Kita sudah pun mengalahkan mereka dari segi undi popular. Ertinya, mereka boleh dikalahkan walaupun jutaan duit diguna untuk mengumpan orang. Kasih sayang dan perpaduan bukan boleh dibeli semuanya.
Siapakah yang mahu bersatu padu dalam melakukan angkara durjana?
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – 8:63
Dia lah yang menyatupadukan dikalangan orang yang beriman. Dan jika kamu membelanjakan seluruh kekayaan kamu seisi muka bumi ini, kamu tidak akan boleh melakukan nya. Sesungguhnya dialah maha kuasa dan maha bijaksana
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :