Pakar bimbang dana asing kepada parti politik jual masa depan negara

Bekas penasihat PBB berkata pilihan raya boleh dijual beli sekiranya dana kempen dari negara asing dibenarkan.
forum
PETALING JAYA: Pemberian sumbangan asing berbilion dolar kepada parti politik dalam kempen pilihan raya umum perlu diambil serius, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
“Kita perlu memandang serius sumbangan yang dibuat pihak asing, yang mencecah berbilion ringgit, kepada ahli politik. Mereka menyumbang bukan kerana menyokong ahli politik itu, tetapi tentu ada sesuatu di sebaliknya,” kata Jomo, yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.
Beliau dipercayai merujuk wang RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam akaun peribadinya.
Akhbar The Wall Street Journal pada 2015 memetik kertas penyiasatan tempatan mengenai 1MDB berkata wang tersebut merupakan dana berkait syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Bagaimanapun, Najib berkata ia merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu Umno dalam kempen pilihan raya umum 2013.
“Apa keperluan golongan diraja tertentu memberikan berbilion ringgit kepada ahli politik?” soalnya pada forum “Reformasi Sistem Pilihan Raya Sebelum PRU ke-14” anjuran Bersih 2.0 yang diadakan di pejabat portal Malaysiakini malam tadi.
“Tanggungjawab kita untuk memastikan pilihan raya kita tidak dijual beli. Kita berhadapan risiko menjual masa depan negara,” kata Jomo.
forum-2
Seorang lagi ahli panel, peguam Syahredzan Johan mencadangkan suatu undang-undang diwujudkan bagi menyatakan secara jelas peranan kerajaan sementara bermula dengan terbubarnya Parlimen sehingga terbentuk kerajaan baharu.
Beliau berkata, kerajaan sementara tidak memiliki mandat rakyat dan oleh itu tidak berhak mengumumkan projek baharu ketika pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :