Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi membekalkan salinan digital Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) untuk Suku Pertama tahun 2017 kepada parti politik mencerminkan sistem SPR mundur dan mendukacitakan.
Dengan segala kemudahan teknologi terkini, proses membuat semakan senarai pengundi sepatutnya menjadi lebih mudah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, demokrasi di negara ini banyak 'ketempangan' terutama membabitkan pemberian maklumat asas seperti senarai Rang Daftar pengundi suku pertama 2017.
Beliau mendakwa hanya Pakatan Harapan memprotes tindakan SPR tetapi tidak bagi Barisan Nasional (BN).
"Ia tidak diberi secara sepatutnya sekaligus menafikan hak parti parti politik mempunyai kemudahan maklumat yang sama dengan kerajaan.
"Sedikit menghairankan apabila yang membantah larangan ini sekarang hanyalah dari Pakatan Harapan sementara pihak lain berdiam diri menunjukkan kemungkinan besar mereka mempunyai "maklumat serta kemudahan" yang diperlukan.
"Timbul persoalan,kenapa Umno, BN dan Pas tidak turut sama membantah? Bukankah mereka pun memerlukan maklumat ini juga? Adakah mereka mempunyai 'kuasa sakti'untuk mendapatkan maklumat ini semua?,"soalnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Raja Bahrin Shah bersama Invoke, PKR, Bersatu dan Dap, berbincang secara tertutup dengan pihak SPR yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Norlaila agar salinan digital dapat dibekalkan kepada Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun pihak SPR negeri tidak dapat membantu kerana terikat dengan arahan dalaman dari Putrajaya.
Sehingga habis waktu pejabat, para petugas Pakatan Harapan berjaya membuat salinan terhadap enam Dun sahaja dan akan bersambung pada hari berikutnya untuk menyiapkan salinan untuk keseluruhan 32 Dun di negeri itu.
Mengikut maklumat pihak SPR, hanya Pakatan Harapan sahaja yang membuat bantahan dan memorandum mengenai larangan membekalkan salinan digital terhadap parti politik dalam urusan Rang Daftar Pemilih Suku 1/2017.
Dakwa SPR parti kompenan Barisan Nasional dan Pas tidak membuat bantahan langsung terhadap larangan tersebut.
"Adakah ini situasi "level playing field" - padang yang sama rata, untuk pertandingan yang dijangka sengit di jalankan tidak lama lagi?
"Adakah ini situasi "politik matang" negara yang kononnya akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020? Saya rasa kita amat jauh dari cita cita tersebut.
"Apatah lagi Kita masih di tahap parti pemerintah cuba memanipulasi sistem pilihanraya bagi kepentingan pihak pemerintah dan mereka yang rapat dengan pemerintah," soal Raja Bahrin lagi.
Beliau berkata, dengan tindakan SPR itu menunjukkan negara ini masih jauh ketinggalan di belakang negara jiran seperti Indonesia
yang jauh lagi matang politik serta demokrasinya.
Read More / Baca Lagi >>