Pakatan Harapan terima lebih 130 cadangan logo


Tiga logo sebelum ini mendapat kritikan warga maya Tiga logo sebelum ini mendapat kritikan warga maya
Pakatan Harapan telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo selepas mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai.
"Seperti yang umum sedia maklum, pada 4 Mei lalu Pakatan Harapan telah mengalu-alukan cadangan-cadangan logo Pakatan Harapan dari orang ramai.
"Untuk pengetahuan semua, sehingga jam 6 petang hari ini, iaitu lebih dari dua hari sejak makluman dibuat, kami telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo," kata satu kenyataan.
Justeru Pakatan Harapan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan sesiapa sahaja yang telah meluangkan masa untuk membuat rekaan logo Pakatan Harapan.
"Jumlah cadangan yang besar ini adalah tanda sokongan moral serta minat begitu ramai rakyat Malaysia terhadap imej, perkembangan dan halatuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14," menurut kenyataan itu lagi.
Pakatan Harapan terus mengalu-alukan cadangan logo dari orang ramai, dan cadangan-cadangan logo ini boleh dihantar ke logo@pakatanharapan.my sehingga jam 10 pagi, Selasa 9 Mei 2017.
Baru-baru ini selepas naib Presiden PKR Rafizi Ramli memuat naik di laman facebooknya tiga contoh logo Pakatan Harapan untuk dipilih mendapat kutukan dan sindirian warga maya.
Kebanyakan mereka sependapat logo Pakatan Harapan tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi rekabentuk logo yang terlalu ringkas.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :