Pas rela kalah di Kelantan daripada berpakat dgn Amanah

 Sedutan sebahagian drp ucapan Mohd Amar, Naib Presiden Pas 
@ TMB Kelantan di Putik pd 13/5/2016

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar menafikan Pas mahu bergabung dengan Umno.

Sebaliknya, beliau menuduh parti Amanah tidak ada modal, melainkan memfitnah bahawa kononnya Pas nak bergabung dengan Umno.

"Itulah fitnah yang dijaja. Modal lain tadok... Pas ni nak gabung dengan Umno.." katanya.
Adakah ini fitnah?
Yang paling menyedihkan ialah, Mohd Amar menyatakan Pas rela kalah di Kelantan daripada berpakat dengan Amanah kerana Amanah adalah parti pengkhianat, tuduhnya.

" Tak ada kira-kira dengan Pan (Amanah) ni....kita (pas) rela kalah dalam pilihanraya di Kelantan ni dan kita tidak akan pakat dengan Pan (Amanah ) di Kelantan ni . .... itu pendirian kita," tegas Mohd Amar dengan nada angkuh!

Tapi yang paling lawaknya bila Mohd Amar meletakan kekalahan Pas itu disebabkan parti Amanah turut bertanding menjadikan pertandingan 3 penjuru.

" Demo kena jawab nih depan Allah SW, orang yang menyebabkan Pas hilang kerajaan Kelantan ...." katanya.

Mohd Amar membuat kesimpulan mudah bahawa bila Amanah masuk bertanding 3 penjuru, Amanah sebenarnya tolong Umno! Amanah beri peluang kepada Umno...

Walhal pada hakikatnya, Pas kini semakin mesra dengan Umno. Pas sudah tidak lagi menyerang Umno sebagaimana kebiasaan yang pernah dilakukannya dimasa-masa lalu tetapi sebaliknya menyerang DAP dan Amanah!

Sebab itu walaupun Umno berserabut dengan pelbagai isu dan salah laku, Pas tidak menyerang Umno. Pas hanya melepaskan batuk-batuk kecil, berdehem-dehem di anak tangga dalam isu-isu panas seperti 1MBD, GST ...

Umno telah berjaya menjinakan Pas, musuh tradisinya hanya dengan mengumpannya dengan isu RUU355. 

Pas kini umpama seekor harimau  sarkis yang telah berjaya di jinakan dan dilatih oleh Umno supaya menari ikut rentak gendang yang dipalu oleh Umno. Walaupun sekali sekala Pas mengaum, ia tidak menakutkan sesiapa pun sebab taring dan kukunya telah tumpul akibat disalut dengan dedak Umno!


 Umno telah berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Bahawa Amanah itu adalah khadam DAP. Pas akur apa saja yang Umno katakan. Apa yang Umno tuturkan, maka itulah juga yang akan dituturi oleh Pas.

 Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP dan Amanah adalah musuh utama mereka....

 Dulu Umno kata, Pas khadam DAP. Sekarang bila Pas dah berbaik dengan Umno, Pas pula kata, Amanah khadam DAP!

Pendirian pemimpin PAS hari ini telah jauh berbeza  setelah kematian TGNA.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :