Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli dan pimpinan perlu bertindak sejajar dengan pendekatan politik 'matang dan sejahtera'.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menjauhkan diri dari pandangan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.
“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh,” tulis Salehhuddin.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.
“Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama,” katanya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>