MIRI: Orang ramai gempar dengan penemuan seekor ikan paus terdampar hampir dua jam di tepi pantai Kuala Sungai Siwak Bakam dekat sini pagi tadi.
Mamalia sepanjang kira-kira 9 meter dengan berat mencecah 1.5 tan ditemui orang awam masih bernyawa.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan tersebut pada jam 7,.11 pagi tadi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima.
“Sebaik tiba ke lokasi, pasukan bomba mendapati mamalia tersebut masih bernyawa dan usaha menolak paus berkenaan untuk kembali ke laut dibantu oleh penduduk kampung dari kawasan sekitar.” katanya.
Jelasnya, pihak bomba bersama penduduk kampung mengambil masa hampir dua puluh minit untuk membebaskan paus berkenaan dan mereka bernasib baik kerana air laut mulai pasang dan memudahkan lagi usaha membebaskan mamalia berkenaan ke laut.-Sarawakiana.