YANGON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini melantik seorang peguam hak asasi manusia serta dua pakar berkaitan bagi menyiasat dakwaan kekejaman tentera Myanmar terhadap penduduk Rohingya.
Pertubuhan itu dalam satu kenyataan memberitahu, misi tersebut akan diketuai oleh Indira Jaising yang juga seorang peguam bela di Mahkamah Agung India.
Menurut PBB, dua lagi individu yang akan membantu Jaising ialah peguam Sri Lanka yang menerima latihan di Harvard, Radhika Coomaraswamy serta perunding Australia, Christopher Dominic.
Berdasarkan statistik, hampir 75,000 penduduk Rohingya dari Rakhine telah melarikan diri ke Bangladesh selepas Myanmar melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap mereka sejak Oktober lalu.
- REUTERS