Pegawai Ketua Menteri Kena Tampar

Pegawai penerangan ketua menteri Pulau Pinang ditampar selepas solat Jumaat ketika melakukan provokasi petang ini.

Zaidi Ahmad ditampar di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas cuba mengganggu ucapan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Tindakan bekas juruterbang tentera itu cuba dihalang peserta himpunan namun salah seorang daripada mereka menampar muka Zaidi, lapor Harian Metro.

Kekecohan yang tercetus 2.30 petang tadi berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.

Hafiz bersama beberapa individu lain mengadakan himpunan bagi membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa dikeluarkan mufti.- TMMO

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :