Pelobi: Shahrir, Jazlan akui kenal Florence Goh, tidak tahu kaitan Godfrey Group

Rafizi mendesak 2 pemimpin Umno menjelaskan kaitan mereka dengan Florence Goh, yang didakwa menandatangani kontrak bagi pihak Godfrey Group Limited.
shahrir-jazlan
KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed akui mereka mengenali Florence Goh, individu yang sebelum ini didakwa Rafizi Ramli menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group Limited.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Umno itu berkata mereka cuma mengenali Florence sebagai individu yang terbabit dalam aktiviti amal.
Ahli Parlimen Pandan dari PKR itu sebelum ini meminta mereka membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
“Saya tidak menyedari kaitannya dengan Godfrey Group dan saya juga tidak tahu mengenai Godfrey Group,” kata Shahrir lapor Malay Mail Online hari ini.
“Saya tidak tahu aktiviti peribadi beliau,” kata Nur Jazlan menurut laporan sama.
Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru, sementara Nur Jazlan pula Ahli Parlimen Pulai.
Rafizi merujuk kepada laporan mengatakan Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Bahru dan penasihat NGO itu ialah Shahrir. Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa majlis penyampaian hadiah anjuran NGO tersebut.
“Seperti biasa Rafizi membuat dakwaan seperti ini tanpa bukti dan tidak peduli kesannya kepada nama baik orang yang didakwa. Jabatan perdana menteri sudah membuat penafian mengenai perkara ini,” kata Shahrir.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :