Pemegang Rekod Dunia Ambil Tindakan Guaman


LONDON: Pemegang rekod dunia lompat jauh Mike Powell (gambar) menyatakan rancangan untuk mengkaji semula rekod dunia sebelum 2005 sebagai “satu tamparan” dan berjanji untuk menentang tindakan itu, semalam.

Olahraga Eropah mencadangkan hanya rekod dunia yang mengikut kriteria ketat patut diiktiraf dalam usaha membersihkan diri daripada skandal doping dalam sukan itu.

Powell, yang melakukan lompatan sejauh 8.95 meter pada Ogos 1991 berkata, cadangan itu “tidak menghormati, tidak adil dan satu tamparan.”

“Saya sudah menghubungi peguam saya,” ujar atlet Amerika Syarikat berusia 53 tahun itu.

“Ada sesetengah rekod di luar sana yang boleh dipersoalkan, saya boleh melihatnya, tapi saya punya memang sahih. Ia satu cerita mengenai keazaman manusia, satu daripada saat terhebat dalam sejarah sukan.

“Mereka akan memusnahkan banyak perkara dengan keputusan ini, tanpa memikirkan mengenainya. Ia salah. Tidak kira apa yang berlaku, saya akan berjuang.”

Menerusi proposal itu, rekod dunia hanya dikekalkan jika ia dilakukan pada kejohanan antarabangsa yang diiktiraf dan jika atlet terbabit menjalani beberapa ujian doping sebelum bertanding.

Rancangan itu akan dipertimbangkan oleh badan induk dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa, Ogos depan. - AFP

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :