Pengguna Gmail Alami Serangan Phishing




SAN FRANCISCO, AMERIKA SYARIKAT: Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China Xinhua.

Amalan pishing yang biasa apabila serangan dilakukan dengan menghantar e-mel kepada pengguna Gmail dan penyerang berpura-pura menjadi seseorang yang dikenali.

Bagaimanapun, serangan kali ini tidak seperti amalan biasa phishing, kali ini serangan dilakukan dengan menghantar e-mel berbentuk jemputan untuk menyertai Google Doc.

Sebaik pengguna menekan pautan Google Doc dalam e-mel phishing, pengguna akan dibawa ke halaman Google.com dan kemudian diminta memberi kebenaran membolehkan penyerang akses ke akaun pengguna sekali gus dapat mengesan maklumat dan e-mel kenalan.

Dalam satu kenyataan Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mencegah serangan seperti itu daripada berlaku lagi.

Setakat ini tiada laporan diterima mengenai berapa ramai pengguna yang terjejas. -BERNAMA

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :