Walaupun Perkasa mengitisharkan dirinya sebagai NGO tetapi kerana pemimpin besarnya Datuk Ibrahim Ali seorang tokoh politik kontroversi sekian lama maka pandangan dan tindak tanduknya selalu dianggap berpolitik.
Maka itu sikapnya mendiamkan diri atas kehadiran ribuan pekerja dari China mendahului projek berbillion ringgit yang belum pasti dan yang belum bermula menarik perhatian umum terutama masyarakat Melayu.
Beliau dilihat memberikan perhatian kepada soal Zakir Naik seorang pendakwah India yang mencari perlindungan di negara ini sehingga Perkasa mengistiharkan perang terhadap MIC dan melalaikan ancaman yang lebih mengancam yang didatangkan oleh MCA.
Menurut Bernama Jabatan Imigrasi telah mengeluarkan 2,485 permint kerja sementara dan 1,682 permit pekerjaaan dan profesional bagi pekerja asing dari China yang mendahului kedatangan projek negara itu bagi empat lokasi termasuk bagi projek Forest City di Gelang Patah yang belum pasti.
Ini terpaksa dilakukan setelah pekerja-pekerja asing itu berada dalam keadaan bangsat tanpa pekerjaan dan tempat kediaman yang dijanjikan yang menjadi suatu pandangan yang mencemarkan Negeri Johor dan Bangsa Johor
Perseteruan Ibrahim yang melampau terhadap DAP sehingga beliau tidak dapat melihat peranan MCA dalam mendapat keistemewaan membawa projek dari China dan pekerja asing dari China dengan pertulongan tangan yang terselindong.
MCA adalah parti komponen kerajaan BN dan bekas presidennya Ong Ka Teng tidak boleh dinapikan kejayaan peranannya sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China dalam membantu membawa masuk modal China ke Malaysia dan juga mengeratkan lagi hubungan dengan negara itu.
Difahamkan kehadiran pekerja asing itu adalah kerana adanya orang tengah yang tidak terkawal oleh pihak imigrasi.Kecurangan ini telah pun berlaku sebelum pun projek-projek China berbillion ringgit tiba dan bagaimakah kelak bila telah beroperasi di bawah rastu kerajaan.
Orang-orang UMNO sedang berada dalam euphoria dan hysteria harapan perpaduan Melayu Islam dengan Pas yang secara diam-diam di kongsi bersama oleh Datuk Ibrahim.
Mereka sedang memperhetongkan ini sebagai kebangkitan kuasa Melayu dan Islam yang boleh bertahan menghadapi kuasa kapitalis Cina di negara ini tetapi realiti ialah " Money Is The King" yang akan memijak semua sentimen dan kekuatan yang berasaskan pada emosi semata.