KUCHING: Perumahan mampu milik merupakan agenda utama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Huan yang baru dilantik mengetuai portfolio tersebut awal minggu ini.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata pembinaan lebih banyak rumah mampu milik akan dapat memenuhi permintaan rakyat terutama golongan muda yang baharu mendirikan rumah tangga untuk memiliki rumah sendiri.
Menurutnya, rumah mampu milik diyakini akan mampu menarik minat golongan muda untuk memiliki rumah sendiri, kerana pembinaan rumah kos rendah bukanlah penyelesaian kepada masalah tersebut.
"Apabila membina rumah kos rendah, permintaannya kurang kerana ia murah.
"Apabila membina rumah kos rendah, permintaannya kurang kerana ia murah.
"Jadi saya rasa, rakyat lebih mahukan rumah mampu milik yang lebih selesa untuk mereka dengan harga yang berpatutan.
"Sebab itulah mengapa saya mengutamakan pembinaan rumah mampu milik dan bukan rumah kos rendah sahaja," katanya dipetik sebagai berkata
Dr Sim yang juga ADUN Batu Kawa berkata, Kementerian Perumahan merupakan kementerian yang penting kerana banyak isu yang perlu ditangani.
"Tengah hari ini saya di sini untuk mendengar segala isu tersebut daripada pegawai kementerian agar saya dapat mengetahui isu-isu tersebut agar ianya menjadi agenda utama kementerian," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan mesyuarat bersama pegawai kementeriannya di Wisma Sultan Tengah semalam. - Sarawakiana