PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerard Pique kelihatan tenang walaupun diboo ketika menyaksikan pertembungan pusingan pertama Tenis Terbuka Madrid antara David Ferrer dan Mikhail Kukushkin baru-baru ini.
Pique yang sebelum ini diejek kerana memotong bendera Sepanyol di lengan jersinya berada di tempat duduk penonton ketika menyaksikan kemaraan Ferrer ke pusingan kedua dengan kemenangan 2-6, 7-6, 6-4.
Ejekan terhadap bintang Barca itu amat kuat sehingga pengadil terpaksa menghentikan permainan pada satu ketika apabila dia berdiri untuk menyatakan sokongan kepada Ferrer.
Pique yang memakai baju-T berwarna hitam kemudiannya kembali ke tempat duduknya ketika teriakan boo terus dilemparkan oleh orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu.
Namun dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan teriakan berbaur penghinaan itu.-mStar