PKR mahu Anwar jadi PM

Anwar menjadi pilihan Pemuda PKR berbanding Tun Dr Mahathir Mohamed atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
kongres-pkr1SHAH ALAM: Pemuda PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang walaupun bekas timbalan perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara.
Desakan itu dibuat Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan dasar kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mengusulkan nama Anwar sebagai perdana menteri seterusnya menjadi pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Tanpa ragu-ragu, AMK ingin mengusulkan kepada parti dan PH agar kita menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, ‘big tent politik’ merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya.
Nik Nazmi juga berkata, kejayaan Anwar sebagai menteri kewangan semasa dalam kerajaan menjadi faktor mereka menamakan bekas ketua pembangkang itu sebagai perdana menteri berbanding pemimpin lain dalam PH seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut-sebut pemimpin PH sebagai calon alternatif.
Beliau berkata kebijaksanaan Anwar membawa kebangkitan Islam yang sederhana dan berjaya menyatukan budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikannya tokoh antarabangsa yang dihormati rakyat dalam dan luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :