PKR Sarawak Sokong Langkah Abang Jo Lantik Menteri Pendidikan

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyokong penuh rombakan kabinet negeri Sarawak sebagai langkah yang tepat serta bersesuaian dengan tuntutan autonomi negeri.

Naib Pengerusinya, See Chee How berkata melalui rombakan kabinet tersebut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah menunjukkan Sarawak sedang melangkah memulakan perjalanan yang baru termasuk usaha terhadap outonomi Sarawak.

Menurutnya, dengan adanya portfolio Menteri Pendidikan Negeri akan membantu meneruskan usaha agar Sarawak mempunyai ‘kebebasan dalam pendidikan’.

"Tetapi berapa banyak yang telah dicapai dalam mesyuarat-mesyuarat dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penurunan kuasa pendidikan kepada Sarawak supaya kita mempunyai autonomi dalam perkara yang penting ini?

"Kita tidak mahu Menteri Pendidikan Sarawak, Dato Sri Michael Manyin terkapai-kapai kerana tidak mempunyai kuasa atau tanggungjawab yang lebih daripada pengarah pendidikan negeri sekarang,” katanya dipetik Free Malaysia Today

Beliau yang juga ADUN Batu Lintang turut berhadap Kerajaan Negeri agar mengenali peranan positif dan konstruktif pihak pembangkang dalam memeriksa dan memantau fungsi dan prestasi pentadbiran.

"Mekanisme dan proses untuk 'check and balance' juga perlu dinaikkan dan dipertingkatkan," katanya.

See bagaimana pun berkata, beliau kekal dengan pandangan yang terbuka dan positif terhadap pentadbiran baru Abang Johari. – Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :