Malah Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajak semua parti politik yang progresif untuk bergabung tenaga dan bersatu menyelamatkan Malaysia dengan mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan meletakkan agenda rakyat sebagai kerangka kepentingan bersama.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PKR katanya mengambil maklum keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.
"PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.
"PKR mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017 yang juga merupakan pendirian rasmi PKR," ujarnya.
Menurut Dr Wan Azizah, matlamat dan tindakan PKR dalam semua pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang Umno dan BN.
Mengulas tentang kedudukan kerajaan negeri Selangor ekoran pembatalan kerjasama Pas dan PKR, beliau berkata perkembangan terbaru itu tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri yang diterajui PKR memandangkan ia mendapat mandat penuh rakyat Selangor.Read More / Baca Lagi >>