Foto BorneoPost |
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian yakin PKR boleh merampas kerusi Baram daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata, Baram merupakan antara sasaran PKR selain Lawas, Hulu Rajang, Sibuti dan Miri untuk dimenangi.
Sebelum ini, penyokong PKR di Baram sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Ketua PKR Baram, Roland Engan dicalonkan semula untuk bertanding pada PRU14 akan datang.
Roland juga sebelum ini tewas tiga kali iaitu dua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sekali pada PRU13.
Kemenangan pada PRU lalu berpihak kepada BN menerusi Anyi Ngau menang dengan 9,182 undi mengalahkan Roland daripada PKR (8,968 undi) sementara Patrick Sibat iaitu calon Bebas hanya mendapat sebanyak 363 undi.
Malah daripada pertandingan tersebut, Roland mengalami kekalahan amat tipis dengan sokongannya semakin meningkat.
Palimen Baram pada PRU13 lalu mempunyai 29,835 jumlah pengundi, 242 jumlah undi ditolak, sebanyak 18,796 kertas undi keluar manakala jumlah undi tidak dikembalikan adalah 21. – Sarawakiana