PM Najib Kutuk Serangan Letupan Bom Di Manchester


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia kekal berdiri teguh dengan Britain yang berdepan tragedi serangan terhadap orang awam di Manchester Arena, malam tadi waktu tempatan.

Perdana Menteri mengakui terkejut dengan serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan hingga mengorbankan nyawa orang awam itu.

Katanya, setiap negara perlu tegas menangani ancaman keganasan tanpa menyerah kalah. "Terkejut dengan serangan kejam dan pengecut terhadap orang awam yang tidak berdosa di Manchester.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan mereka yang menjadi mangsa," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

Laporan menyebut sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan 59 yang lain cedera dalam kejadian yang disiasat sebagai serangan pengganas itu. BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :