Polis Sarawak Sedia Hadapi PRK Pujut


KUCHING: Polis Sarawak bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Kerusi DUN Pujut kosong berikutan perlucutan kelayakan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN menerusi usul yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya kini menunggu keputusan rasmi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

“Masih terlalu awal bagi menentukan jumlah anggota yang akan dikerahkan sekiranya PRK diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Trim & Fit Mega Kontinjen Sarawak di Tebingan Sungai Kuching dekat sini pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan mengambil tindakan keatas mana-mana pihak sekiranya ada laporan berkaitan bantahan mahupun perkara melanggar undang-undang di luar Kompleks Dewan Undangan Negeri. -Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :