Polis Tahan Remaja Miliki Ganja Bernilai RM12, 000 Di Miri




MIRI: Polis menahan seorang remaja lelaki di hadapan sebuah kedai makan dekat sini pada Khamis lepas.

Suspek berusia 19 tahun yang merupakan seorang pelajar kolej swasta ditahan kerana memiliki ganja seberat 801 gram bernilai RM12,000 dalam satu operasi dilakukan oleh polis.

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif seperti yang dilaporkan Bernama, suspek berusia 19 tahun ditangkap pada 1.30 tengah hari di hadapan sebuah kedai makan di bandar baharu Permyjaya Miri.

Jelasnya, hasil dari penahanan itu pihak polis telah menyita wang tunai RM1,000 daripada suspek.

“Suspek dilaporkan tidak mempunyai rekod lampau kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 Mei hingga 25 Mei.” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan -Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :