MIRI: Walaupun Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hanya akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut selepas cuti Hari Gawai namun tiga set borang pencalonan sudah dibeli oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (SUPP) Cawangan Pujut.
Memetik laporan The Borneo Post, Pengerusi SUPP Pujut Adam Yii Siew Seng menemani tiga ahli cawangan tersebut iaitu Huang Huat Choon, Chai Chee Vui dan Hii Chang Hoon memberi borang pencalonan di pejabat Majlis Perbandaran Miri.
Huang,65, merupakan setiausaha publisiti SUPP Cawangan Pujut, Chai,58, setiausaha eksekutif dan Hii,55, setiausaha penganjur.
Ditanya sama ada tiga daripada mereka yang membeli borang tersebut berpotensi menjadi calon, Yii menjawab ada kemungkinan ia berlaku.
"Kita yang pertama membeli borang pencalonan, dan kita lakukan mewakili BN.
"kita masih menunggu kepimpinan tertinggi BN untuk memutuskan dan membuat keputusan yang diumumkan Ketua Menteri nanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon manakala 4 Julai sebagai hari pengundian.
PRK tersebut diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan kelayakan Dr Tiong Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oada 12 Mei lepas.-Sarawakiana