#PRKPujut : Sayap Wanita PBB Siap Siaga



Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersiap siaga beri sokongan kepada sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Fatimah Abdullah.

Memetik laporan Utusan Borneo, Fatimah berkata, jentera wanita PBB kini sedang mengatur strategi untuk merampas semula kerusi DUN Pujut meskipun sedar majoriti pengundi akan lebih memihak kepada pihak pembangkang.

“Walaupun Pujut bukan kawasan PBB, namun kita harus beri bantuan sewajarnya dan berusaha membantu memenangkan sesiapa sahaja calon BN,”

"“Kita sedar ia bukan perkara mudah untuk memenangi DUN Pujut, namun kita membincangkan strategi terbaik membantu rakan kita bertanding nanti," katanya

Menurut Fatimah lagi, beliau akan memastikan setiap jentera parti mengatur strategi yang terbaik serta mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon (DAP) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mei lalu. - Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :