Mereka memanggilnya “Ploton” iaitu sebutan yang zalim di kalangan sesetengah penutur bahasa Cina. Dengan penjualan kawalannya kepada Zhejiang Geely Holding Group, berakhirlah status Proton sebagai projek nasional atau kebangsaan.
Proton bukan lagi projek pendayaan ekonomi tetapi hanyalah sebuah perniagaan biasa. Jadi adalah wajar status nasionalnya ditarik balik. Apatah lagi majoriti sahamnya kini milik orang asing.
Zhejiang Geely Holding Group kini memiliki Geely Automobile Hong Kong dan Volvo Car Group, Sweden.
Kalau kita masih ingat dan peduli, projek kereta nasional ini dilancarkan pada tahun 1983 dan mengeluarkan kereta pertamanya – Proton Saga – pada tahun 1985.
Sebagai projek pendayaan ekonomi, ia telah mencetuskan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir dalam industri automotif.
Buruan bukan Proton tetapi Lotus
Pada satu ketika ia menjadi kereta paling laris di Malaysia sebelum kerajaan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah.
Adalah tidak mustahil selepas penjualan kepada Geely, Proton akan melalui proses rasionalisasi yang mungkin melibatkan pemberhentian pekerja seperti yang berlaku dengan banyak syarikat yang bertukar tangan.
Banyak penganalisis dan pemerhati pasaran berpendapat yang menjadi buruan syarikat China itu bukanlah jenama Proton tetapi Lotus.
Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).
Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.
Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan Datuk Seri Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.
Negara dilanda wabak
Read More / Baca Lagi >>