Puteri Umno boleh sertai PKR jika pakaian jadi isu, Zuraida jawab Ku Nan

Wanita PKR menyindir ahli-ahli Puteri Umno berpakaian sopan sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin, yang mengaitkan jenayah dengan cara wanita berpakaian.
zuraida-tengku-nanPETALING JAYA: Wanita PKR menyindir ahli-ahli Puteri Umno supaya berpakaian sopan sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung mereka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelmarin, yang mengaitkan jenayah dengan cara wanita berpakaian.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya ahli-ahli Puteri Umno masih berhadapan dengan masalah jenayah termasuk gangguan seksual, mereka boleh menyertai PKR di mana ahli-ahlinya berpakaian sopan.
“Wanita PKR ingin melihat Puteri Umno ikut nasihat fesyen Ku Nan supaya berpakaian lusuh untuk mengelakkan gangguan.
“Lagipun, Puteri Umno kelihatan mahu mendapatkan nasihat daripada Ku Nan dan juga memberi beliau tepukan gemuruh kerana mengatakan demikian semasa dialog TN50.”
Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, dalam Wanita PKR kaum wanita berpakaian sopan dan mengelakkan gangguan kerana lelaki nakal tidak mengganggu wanita yang bermaruah, yang yakin diri mereka sendiri.
“Jika Puteri Umno masih mempunyai masalah dengan gangguan, kami menjemput mereka untuk menyertai Wanita PKR atau Srikandi PKR,” kata beliau menerusi kenyataan media hari ini.
Zuraida menyertai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan yang melahirkan pandangan sedemikian ketika dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kuala Lumpur kelmarin.
Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan mencadangkan seorang ahli Puteri Umno Wilayah Persekutuan yang bertanya supaya berpakaian ‘comot’ bagi mengelakkan dirinya daripada diganggu.
“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” kata beliau menjawab soalan ahli itu yang bimbang dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Zuraida menambah, Wanita PKR juga ingin mengingatkan Tengku Adnan bahawa pakaian wanita tidak boleh dipersalahkan berhubung cara mereka dilayan.
“Jika anda menurunkan taraf berpakaian seseorang wanita daripada kemas kepada lusuh, dan dia masih diganggu selepas itu, maka apa yang akan berlaku lagi?
Katanya, jika anda melihat di beberapa negara, mereka hanya membenarkan wanita untuk keluar rumah dengan lelaki yang dibenarkan (ada pertalian) dan dilindungi sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :