Puteri Umno ejek Dr Mahathir sokong Anwar

Mas Ermieyati berkata Dr Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999.
Mas-Ermieyati-Samsudin
PUTRAJAYA: Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin mengejek sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada petisyen PKR menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan liwat.
Mas Ermieyati berkata tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen “Free Anwar” pada kongres tahunan PKR hujung minggu lalu patut “dipersoalkan”.
Beliau menggesa Dr Mahathir yang keluar Umno untuk menjadi pengerusi PPBM melihat kembali tindakannya semasa beliau memegang jawatan tertinggi.
“Tindakannya Mahathir menyokong Anwar boleh dipersoalkan padahal dia yang bertanggungjawab ‘memenjarakan’ Anwar (pada 1999).
“Mahathir sekarang tidak sama seperti beliau menjadi perdana menteri dulu. Beliau yang memasukkan Anwar ke dalam penjara (selepas bekas Anwar disabitkan dalam kes yang dikenali sebagai Liwat 1).
“Bagaimana kita nak pandang tinggi individu seperti ini? Orang ramai boleh menilai sendiri,” katanya pada sidang media mengumumkan pelancaran Iftar@KL 2017.
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri kongres itu bersama-sama dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir. PPBM adalah ahli Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.
Semua pemimpin PH pada kongres itu memegang plakad yang tertulis “Anwar PM Ke-7”, kecuali Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :