Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan memfitnah mahkamah syariah adalah suatu cubaan mengheret beliau dalam isu melibatkan agama dan isu-isu berasaskan Melayu.
"Saya fikir objektifnya adalah untuk cuba mengheret dan melibatkan saya dalam isu berasaskan Melayu dan agama yang merupakan gangguan daripada (isu) besar yang kami lakukan," kata Rafizi kepada pemberita di Sungai Besi hari ini.
Awal hari ini, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahamad Ibrahim dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab membuat laporan polis berasingan terhadap Rafizi.
Mereka mendakwa Rafizi melakukan fitnah terhadap mahkamah syariah semasa sesi "parlimen olok-olok" oleh ahli parlimen Pakatan Harapan pada 10 April lalu bagi membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Dalam perbahasan itu, Rafizi berkata, tumpuan untuk menaikkan had hukuman mahkamah syariah tanpa melibatkan kenaikan gaji hakim boleh membuka ruang kepada rasuah.
Beliau juga mendakwa jumlah hakim mahkamah syariah yang terlibat dengan rasuah adalah lebih tinggi berbanding hakim mahkamah sivil.
Rafizi berkata, beliau akan menunggu langkah seterusnya daripada pihak berkuasa susulan laporan yang dibuat dan bersedia untuk menjawab perkara itu di mahkamah.
"Saya mempunyai hujah yang akan saya bentang di mahkamah apabila sampai waktu itu," katanya.
Enggan komen pasal Adam
Mengenai isu berasingan, Rafizi enggan mengulas terhadap kenyataan Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly Abdullah yang didakwa memberikan kenyataan dan dokumen palsu berkaitan hartanya.
"Saya tak fikir saya perlu menumpukan banyak perhatian kepada Adam kerana jika saya memberi perhatian kata-kata kecewa ketua pemuda cabang itu, saya perlu jawab lagi 50 orang setiap hari.
Read More / Baca Lagi >>