RAFIZI PONDAN "SONGEH" SALAH TUDUH ORANG!!!

Hahaha!!! Tau pulak Si Rafizi tu takut bila seorang wanita tampil menafikan dakwaan yang dibuat terhadap dirinya sebelum ini. Nampak sangat la yang Si Rafizi tu main 'hentam kromo' je buat tuduhan.

Dalam satu kenyataan hari ini, seorang wanita tampil menafikan tuduhan yang disebarkan oleh 'Pakar Strategi PKR' itu yang mengaitkan dirinya dengan skandal syarikat pelobi Washington.

Wanita yang dikaitkan Rafizi dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti.
“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
Goh, yang ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.
Wee berkata Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.
“Rafizi perlu periksa fakta sebelum membuat tuduhan melulu. Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.
Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi sehingga menyebabkan perniagaannya dengan rakan kongsi di luar Negara hampir terjejas ekoran tuduhan tersebut.

Pokok pangkalnya, penafian yang dibuat oleh wanita tersebut membuktikan bahawa Si Rafizi ni memang suka menabur fitnah dengan membuat tuduhan yang bukan - bukan. Kalau sehari tak menabur fitnah, mau mati Si Rafizi ni dibuatnya!!!

Subscribe to receive free email updates: