Rafizi Sekali Lagi Mohon Maaf Kerana Menfitnah


Keceluparan mulut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang gemar menabur menfitnah sesuka hati demi untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kepimpinan negara akhirnya memakan diri apabila sekali lagi terpaksa meminta maaf secara terbuka.

Rafizi dipetik laporan tempatan berkata beliau meminta maaf kepada wanita bernama Florence Goh pemilik syarikat CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menfitnah wanita berkenaan mempunyai kaitan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.

Rafizi mendakwa Florence Goh merupakan pemilik syarikat Godfrey Group Ltd mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad tetapi sebaliknya wanita lain yang mempunyai nama seakan sama.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.

“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” katanya dalam satu sidang media.

Mengikut laporan dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di 42, Jalan Molek 2/3, dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namun, dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi menunjukkan alamat syarikat CRT Insights didaftarkan 42, Jalan Molek 2/1.

“Perbezaan alamat hanyalah satu nombor iaitu ‘/1’ berbanding ‘/3’ dan itu menyebabkan kekeliruan, apatah lagi dalam keadaan kami menjejaki seorang individu yang menggunakan syarikat BVI untuk kontrak ini,” kata Rafizi.

Terdahulu, Florence Goh menafikan beliau bukan individu yang dimaksudkan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik seperti yang didakwa Rafizi.

"Ia merupakan kesilapan identiti di pihak naib presiden PKR itu Saya hanya seorang ahli perniagaan,"

Goh turut menuntut permohonan daripada Rafizi kerana ia mengancam keluarga dan perniagaannya.

Ternyata, ini bukanlah kali pertama Rafizi meminta maaf terhadap semua tabur fitnah yang beliau lakukan.

Sejak Ogos 2015 sehinga November 2016, Rafizi sudah berkali-kali dibuktikan di mahkamah diatas pelbagai kesalahan.

Malah, awal bulan Mei lalu, Rafizi pernah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah namun beliau diberikan tempoh sebulan untuk memohon secara terbuka sebelum tindakan undang-undang diambil. - Sarawakiana.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :