Perintah reman enam hari itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas membenarkan permohonan SPRM.
Masing-masing berusia antara 46 hingga 54 tahun, dan direman bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star melaporkan, seorang lagi pegawai polis, yang berpangkat inspektor, turut ditahan dalam serbuan awal pagi ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dikatakan telah mengesahkan tangkapan berkenaan.
Terdahulu mahkamah sama pagi tadi mengeluarkan perintah reman bagi kes sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.