MADRID: Real Madrid bersetuju mendapatkan Vinicius Junior dengan nilai 40 juta euro (RM192.2 juta) sejurus pemain muda Brazil mencecah usia 18 tahun, umum kelab Sepanyol itu, awal pagi tadi.
Penyerang Flamengo itu baharu berusia 16 dan kerap dibandingkan dengan bintang Barcelona, Neymar selepas tampil cemerlang pada Kejohanan Amerika Selatan B-17 tahun.
Selain Real, pemain itu turut mendapat perhatian Barcelona, Manchester City, Paris Saint-Germain.
"Real Madrid dan Flamengo sudah mencapai persetujuan untuk perpindahan Vinicius pada Julai 2018.
"Buat masa ini, pemain berkenaan akan kekal bersama kelab sedia ada sehingga Julai 2019 namun pemain itu boleh beraksi bersama Real Madrid lebih awal jika kedua-dua kelab bersetuju, "
menurut kelab Sepanyol itu menerusi satu kenyataan.-AFP