Sarawak Cipta Rekod Dunia Pakai Kostum Kucing


KUCHING: Nama Sarawak sekali lagi dicatatkan dalam Rekod Dunia Guinness apabila berjaya mengumpul peserta paling ramai memakai kostum kucing, malam tadi. 

Seramai 440 peserta mengambil bahagian dalam acara berkenaan yang diadakan di Panggung Udara, di sini. Pencapaian itu diumumkan oleh Pengurus Rekod, Guinness World Record, Hoda Khachab. 

"Bagi membolehkan acara ini dimasukkan dalam Guinness World Records, peserta yang memakai kostum kucing mestilah sekurang-kurangnya 250 orang dan mereka perlu memakai kostum itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima minit. 

"Hari ini, seramai 440 peserta melakukannya di Kuching dan ia adalah pencapaian pertama penyertaan paling ramai peserta memakai kostum kucing di dunia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin. 

Percubaan mencipta rekod dunia itu adalah antara acara yang diadakan bersempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 yang secara rasmi bermula hari ini sehingga 6 Mei ini. 

Tahun lalu, Sarawak memecahkan rekod dunia apabila berjaya membuat tikar terpanjang dunia iaitu sepanjang 1.20 kilometer, selain dianyam menggunakan 1.4 tan rotan tempatan. - BH

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :