SEMPENA ULANGTAHUN 71 BERSIAPLAH UMNO HADAPI TSUNAMI RAKYAT

UMNO merayakan ulangtahunnya  yang ke 71 Khamis ini, tidak sahaja dalam kehilangan keyakinan rakyat  kepada  pemimpin tertingginya tetapi juga diatas keruntuhan keyakinan rakyat kepada UMNO sendiri  ke taraf yang sangat parah.

Dalam perayaan ini seluruh ahli UMNO seharusnya berada dalam kewaspadaan bahawa UMNO akan ditimpa Tsunami Rakyat pada Pilihanraya ke 14.

Kehilangan keyakinan seumpama ini  tidak pernah berlaku dari sejak era lima Perdana Menteri yang lalu; Tunku Abdul Rahman, Tun  Abdul Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Hakisan keyakinan ini mulai  berlaku tidak lama selepas Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri kerana hendak  melakukan  experiment Demokrasi Barat yang tidak secara langsung memberikan implikasi Tun Mahathir adalah authoritarian. Beliau menjanjikan kebebasan yang lebih luas.

Beliau memberikan tamparan yang hebat kepada Mahathir dengan membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim termasuk Ketua Hakim  Salleh Abas yang dipecat dalam masa krisis kehakiman pada 1988.

Demokrasi Barat Ini cuba disuburkan lagi oleh  Najib Abdul Razak yang meggantikan Abdullah bila beliau menjanjikan penghapusan ISA yang belum pun dihapuskan telah menerima berbagai cabaran dari pembangkang yang dahagakan demokrasi.

Flip flop dalam  dasar-dasar asas negara  yang menyentuh Perlembagan telah berlaku . Terkini ialah membenarkan PAS membawa usul  pindaan Akta 355 berhubung dengan Jenayah Syariah yang bertentangan dengan semangat liberal dan keharmonian UMNO  sehingga  menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam. Rakyat melihat ini lebih kepada kepentingan survival UMNO dan Najib, bukannya kepentingan negara.

Najib demoralisekan dirinya sendiri bila sebaik sahaja Tsunami berlaku dalam pilihanraya 2013 yang dipimpinnya,  beliau mengecapnya  sebagai Tsunami China bila kehilangan majoriti tetapi  bantahan dari orang Cina menyebabkan dia tidak lagi berani  mengulangi ungkapan ini.

 Dalam keadaan desperate untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Najib  sanggup bertolak ansur dengan Pas yang pernah mengkafirkan UMNO tetapi Pas  bukanlah sebuah parti yang naive yang tidak dapat menciumi bahawa nama Najib berada ditaraf yang paling rendah di kalangan rakyat seluruh negara. Ia tidak sehebat  ketawanya.

Apa pun janji-janji manis Pas  untuk kerjasama dengan UMNO tetapi  bukanlah diluar kemungkinan ia  akan menikam dari belakang bila sampai masanya.

Apa yang boleh dijangkakan oleh UMNO dalam merayakan ulangtahun UMNO yang  ke 71 ialah Tsunami yang akan berlaku ke atas UMNO sebagai hukuman ke atas dasar flip flopnya, kehilangan sensitivitinya  terhadap rakyat, penyalahgunaan harta negara, pembaziran wang negara dan kepura- puraan  yang melampau.

UMNO janganlah menyangka bahawa disebalik ketawa lebar Najib, disebalik ucapannya berapi-rapi, disebalik pengumuman berbagai projek berbillion ringgit dan disebalik pengumuman demi pengumuman pengaliran modal asing ke negara, semua telah sihat atau Najib telah kembali diyakini. Keadaan di akar umbi masih amat parah.

Lebih baik UMNO mimpikan Tsunami Rakyat dari Ilusi Wang Raja Segala Raja. Maka itu UMNO akan lebih waspada di ulangtahun ke 71 ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :