KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini susulan kelemahan nilai dolar meningkatkan permintaan terhadap mata wang negara membangun dan berkaitan komoditi, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.3160/3210 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3300 penutup semalam.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0879/0919 daripada 3.0913/0953 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 3.7960/8007 daripada 3.8126/8173. - BERNAMA