'Siapa Beritahu Mereka Raja Dadah?'


GEORGETOWN: Polis menafikan dua rakyat tempatan yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah mencecah ratusan kilogram (kg) ke negara ini sebagai raja dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis Thailand dan identiti kedua-dua mereka dikenali sebagai Mr T dan Mr R yang berasal dari Johor dan Pulau Pinang bukan seperti didakwa.

“Saya ingin bertanya kepada media, siapa yang beritahu mereka adalah raja dadah? Saya dimaklumkan polis Thailand mereka bukan raja dadah dan jangan pandai-pandai beri gelaran kepada mereka.

“Setakat ini, kita hanya boleh mengesahkan mereka ditahan di Thailand dan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah, namun tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya akan menghantar pasukan ke Thailand bagi membantu siasatan kes terbabit.-myMetro

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :