Skandal 1MDB: Jangan tunggu tahun 2040 baru siasat 1MDB

Ironi ialah perkataan yang menggambarkan apa yang terjadi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.
Sejak berdekad lamanya, dia tidak pernah gentar meminta kerajaan untuk memberikan jawapan kepada kerugian besar dialami Bank Negara dalam perdagangan spekulatif forex; mendesak kebertanggungjawaban dan meminta media untuk menyiasat dan membongkar pihak yang bertanggungjawab dalam skandal tersebut.
Hari ini, selepas lebih daripada 20 tahun, dia dipanggil menghadap pasukan khas yang ditugaskan untuk menyiasat kerugian forex itu, apa yang disifatkannya sebagai siasatan “menggali bangkai gajah” dari era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
Dia merasakan aneh sekali yang pihak berkuasa bersungguh-sungguh menyiasat sesuatu yang terjadi berdekad lepas sedangkan ada kesilapan nyata yang sangat besar impaknya sedang berlaku dalam kerajaan Najib tetapi diabaikan kini.
“Kenapa kita tak nampak gajah depan mata- skandal antarabangsa pengubahan wang 1MDB yang menyebabkan Malaysia dikenali sebagai skandal kleptokrasi paling teruk di dunia?
“Atau adakah kita perlu menunggu suku abad lagi sebelum kita ada pasukan khas untuk “menggali” bangkai gajah skandal kleptokratik 1MDB- sekitar tahun 2040 mungkin?,” kata Kit Siang dalam kenyataan selepas perjumpaan dengan pasukan khas yang mengambil masa 30 minit itu.
Kata Lim lagi, kabinet, penjawat awam tertinggi, ahli Parlimen dan media gagal dalam mengangkat kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik dalam skandal forex.
Dia mengatakan yang Perdana Menteri Najib Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapha Mohamad dan Ahli Parlimen Barisan Nasional Othman Abdul ialah ahli kabinet sewaktu skandal itu berlaku.
Ketika itu, Najib ialah menteri pertahanan, Mustapha ialah setiausaha parlimen kementerian kewangan dan Othman ialah setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri.
“Adakah Najib, Mustapha dan Othman menjalankan tugas mereka kepada negara untuk menjunjung kebertanggungjawaban dan prinsip urus tadbir yang baik atau mereka juga sebenarnya terlibat dalam apa sahaja usaha untuk menutup skandal kerugian forex Bank Negara?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :