Menurut konsortium itu, semua pembayaran setakat ini seperti yang digariskan dalam Perjanjian Jualan Saham (SSA) sudah dipenuhi dan mereka juga mampu memenuhi pembayaran pada masa hadapan.
"Setakat ini, ICSB telah memenuhi semua obligasi pembayaran seperti mengikut SSA kepada TRX.
Kenyataan itu adalah sebagai mengulas kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, pemegang tanah Bandar Malaysia, pada Rabu lalu yang mengumumkan perjanjian itu telah luput.
TRX City mendakwa perjanjian itu telah terbatal dan tidak lagi sah kerana konsortium ICSB gagal membuat pembayaran walaupun beberapa lanjutan telah diberikan.
Walau bagaimanapun, ICSB mempertikan kenyataaan itu.
"ICSB berpendapat dakwaan TRX bahawa SSA telah luput bercanggah dengan kendalian pihak-pihak SSA bagi melengkapkannya, mengikut semangat SSA.
"Sebelum ICSB menerima surat TRX (mendakwa perjanjian telah luput), TRX sedar bahawa ICSB telah mematuhi syarat-syarat sewajarnya mengikut SSA.
"ICSB secara rasmi meminta TRX untuk memastikan SSA dilengkapkan," kata konsortium itu.
Read More / Baca Lagi >>