SERIAN: Sebuah stor penyimpanan baja dan racun termasuk sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di Ladang Simpang Kampung Malikin, Balai Ringin dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, stor berkenaan telah musnah sama sekali manakala bengkel tersebut musnah hampir 70 peratus.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba ke lokasi, didapati api marak dengan begitu cepat namun punca sebenar kebakaran masih belum dapat dikenalpasti," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelasnya, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM3 juta dan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.-Sarawakiana

Related Posts :
Shafie lawan Najib sebab duit Zahida dibeku dan salahkira politik
Seorang ahli politik yg mengenali Shafie Apdal bertanya kepadanya kenapa dia keluar UMNO dan lawan BN.
Dia jawab, " Salah calculation".
… Read More...
Kos sara hidup tinggi, miskin bandar Malaysia terjejas teruk, kata Bank Dunia… Read More...
Sejarah Umno akan ditentukan di Batu Pahat, Johor
PADA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), buat pertama kali PKR menawan Parlimen Batu Pahat. Calon PKR Mohd Idris Jusi memperoleh 38,667 undi a… Read More...
Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsuDakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap palsu… Read More...
SELEPAS NAJIB DAN MAS ERMIEYATI DENGAN DRAMANYA, NAZRI PUN NAK MAIN WAYANGNYA JUGA KE?Ingatkan hanya Perdana Menteri, Najib Razak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsuddin saja yang cuba main w… Read More...