Sultan Selangor: PAS boleh kekal exco sampai PRU

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju mengekalkan 3 exco daripada PAS dalam pentadbiran Selangor sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, kedudukan exco itu dikekalkan demi kestabilan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.

“Saya mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan rakyat Selangor,” menurut kenyataan dikeluarkan istana Selangor.

Sebelum itu, Sultan Selangor mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkenaan kedudukan semasa barisan kepimpinan negeri, selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Tiga exco PAS di Selangor ialah Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi. - FMT

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :