Kongres ketika hiruk pikuk pertarungan politik mempertahankan atau merebut kekuasaan menjelang PRU14. Namun, saya tidak bercadang untuk membahaskan pemasalahan tersebut, tetapi akan cuba merancang persoalan asasi dalam perjuangan anak muda.
Tegasnya kekal dalam idealisme jiwa gelisah anak muda yang meronta, menolak kezaliman dan penyalahgunaan kuasa serta mendaulatkan keadilan.
Konsep-konsep murni sejati keadilan kian dikaburi dan dilunaskan demi mempertahankan kepentingan penguasa yang menggadaikan dasar politik, ekonomi dan budaya mereka adil belaka.
Ulama, profeser, sarjana dan aktivis turut dikerahkan untuk mengesahkan dasar dan perilaku curang dan batil. Imbas penglipur lara penjilat sang maharaja diera feudal, maka gerombolan baru yang serba canggih dengan selesa, tanpa rasa segan akan mempertahankan undang-undang zalim atas nama keselamatan, rompakan khazanah negara atas nama pembangunan, kekayaan kegiatan mahasiswa atas nama kecemerlangan ilmu.
Taudah meloyakan manakala direkayasa ancaman terhadap bangsa Melayu dan Islam silih berganti sekejap dari Cina, kemudian Kristian, sesudah itu syiah dan wahabi, seterusnya aliran liberalisme dan pluralisme.
Hanya satu corong pendapat diizinkan, monolog sang penguasa dan pekakasannya tanpa ruang wacana bebas dan segar.
Syahdan, bagi pedamba kebenaran dan keadilan, konsep agama, negara, negara hukum, pengasihan ekonomi, perlu ditelusuri semula bebas dari cengkaman fikiran dan kongkongan penguasa.
Anak muda perlu mewaspadai malah mencurigai pergelutan kelompok elit. Pastinya tumpuan harus mengarah kepada elit penguasa kerana secara langsung mereka bertanggungjawab kehadap dasar dan penyelewengan terutama kerana mendera rakyat, menyebarkan kesenjangan dan menyusahkan institusi utama negara amalan demokrasi dan pilihanraya bersih dan negara hukum.
Sayugia dinasihati bahawa gejala negatif seringkali turut memalit kelompok pembangkang dan NGO manakala mereka turut terjebak dengan kekurangan atau kelihatan murung atau bersekongkol dengan jenayah serta keterlanjuran penguasa.
Pesanan anak muda harus kekal sebagai penegak keadilan, dengan menggilap idealisme. Penyertaan anak muda dalam organisasi politik tidak harus melunturkan cita-cita murni, sebagai ‘conscience’ pancaran hati nurani yang mengidamkan tertegakkanya negara dan masyarakat adil.
Penyertaan dalam politik hanya sah jika terjamin ruang dan wacana percambahan idea bukannya melalui ketaatan melulu sehingga penyelewengan cuba dinafikan dan kemewahan diizinkan menular.
Walhasil, generasi muda tidak mungkin terlepas dalam pembentukkan idea yang berkecemuk.
Tepat sekali gagasan Saidina Ali Abu Talib r.a mengenai keadilan yang mampu ditegakkan pemimpin yang sebenar (a’immuat al-haqq) yang prihatin dengan kelompok miskin dan lemah (yawaddiru anfusahum).
Saidina Ali mensyaratkan pemilihan pemimpin yang sah dan bukannya melalui proses curang. Dan, ditetapkan kaedah keprihatinan kemaslahatan rakyat yang derita, dan bukannya untuk memperkaya diri, keluarga dan kroni.
Read More / Baca Lagi >>